05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Menyertai Ihtifal KAFA Kebangsaan (IKK) 2015

 
 

19-21 Disember 2015 (Sabtu–Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah menyertai Majlis Ihtifal KAFA Kebangsaan bagi tahun 2015 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPK).  Majlis tersebut telah diadakan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta Perak.

Pembukaan majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Drs. Mohd Nizar Bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Agama IslamNegeri Perak  dan perasmian penutup telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zamry Bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Sebanyak 12 buah negeri telah menyertai ihtifal pada tahun ini, Kontingen JAWI seramai 42 orang peserta yang diketuai oleh Pn. Nor Asiah Binti Harun telah mengambil bahagian dalam beberapa acara iaitu,  acara nasyid, acara kesenian khat, acara tilawah al-quran, acara syarahan dan acara pertandingan tulisan jawi.

Peserta JAWI iaitu Nur Athika Binti Hamdan telah mendapat naib johan dalam acara kesenian khat  dan Muhamad Azri Muaz Bin Mohd Kamal telah mendapat tempat ketiga dalam acara tulisan jawi.

 

  


Cetak   Emel