05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Melabuh Tirai 2015

p5

31 Disember ( Khamis) -  Masjid Salahuddin al Ayyubi Taman Melati, Zon 2 telah mengadakan program Melabuh Tirai dan Penyampaian Bantuan Persekolahan kepada anak yatim dan ibu tunggal. Program pada tahun ini merupakan tahun yang ketiga telah diadakan program seumpama ini dengan menyasarkan anak yatim dan ibu tunggal.

Program Melabuh Tirai 2015 merupakan penutupan program 2015  telah dimulakan dengan sesi ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Hj Zainal Ariffin bin Ahmad.

Bersesuaian dengan peranan masjid sebagai tempat penyatuan anak kariah, ditambah pula dengan tag line “ Berinfaqlah , Sumbangan Anda Memberi Senyuman Kepada  Yang Memerlukan”, Masjid Salahuddin al Ayyubi menyalurkan semula sumbangan dan derma  anak kariah kepada golongan sasaran. Sebanyak 100 anak yatim dan 20 ibu tunggal telah diraikan pada majlis tersebut. Turut menghulurkan sumbangan ialah Yayasan al Baghdadi.

Majlis tersebut juga turut diserikan dengan persembahan anak yatim dan  qasidah dari kumpulan qasidah Masjid al Muttaqin Wangsa Melawati. Antara tetamu kehormat yang hadir pada malam itu ialah Dato Hj Hamdan bin Haji Yusof (Timbalan Pengerusi MAPEM ), Ustaz Mohamad Fazli bin Zain (Penyelaras Zon 2), Ustaz Mohd Farhan b. Hj Alias(wakil Yayasan al Baghdadi ),Dato Hj Abd Rahim bin Abdul Hamid (Pengerusi Masjid Salahuddin al Ayyubi Taman Melati) dan Ustaz Muhamad Jalani bin Ahmad ( Ketua Imam Masjid Salahuddin al Ayyubi ). 

 p4  p3
 p1  p5
 p2  p6

 


Disediakan oleh:

Pusat Zon 2,

Bahagian Pengurusan Masjid.


Cetak   Emel