05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H/ 2015M

IMG 1 1

 

28 Disember 2015M/ 16 Rabiulawal 1437H (Selasa) – Pejabat Pusat Pentadbiran Zon 1 dengan kerjasama Masjid Al-Imam Al-Ghazali dan Perkumpulan Muslimat Masjid Al-Imam Al-Ghazali telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H/ 2015M bertempat di Dewan Al-Ghazali, Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Menjalara, Kepong, Kuala Lumpur. 

.

Majlis bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Di antara pengisian utama Majlis ini adalah Persembahan Selawat Dan Bacaan Marhaban oleh Kumpulan Muslimat Masjid Al-Imam Al-Ghazali dan Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Dr. Mohd Sukki bin Othman, Pensyarah Kanan, UPM. Kehadiran adalah memuaskan.

.

Objektif Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan adalah :-

.

Pertama : Memperteguhkan hati dan jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya.” (Hud: 120)

.

Kedua : Menzahirkan kegembiraan kita terhadap Nabi Muhammad sebagai rahmat untuk sekalian alam. Allah SWT berfirman yang bermaksud  " Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. " (Al-Anbiaa’ : 107).

.

Ketiga : Menyuburkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW. Nabi SAW bersabda : “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang lebih dicintai dari anaknya, bapanya dan manusia seluruhnya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

.

Yang turut hadir Y.Bhg. Ustaz Osman bin Abu Bakar, Penyelaras Zon 1, Y.bhg. Dato’ Hj. Alang Zari Bin Hj. Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Imam Al-Ghazali dan Tn. Hj. Abdul Halim Bin Abdullah, Ketua Imam Masjid Al-Imam Al-Ghazali.

   
   

 

IMG 2 1 IMG 3 1
IMG 5 1 IMG 6 1

 

Foto dan teks oleh:

Pejabat Zon 1,

JAWI


Cetak   Emel