05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JAWI Melahirkan Saudara Muslim Yang Unggul

kifa 1

 

9 & 10 Disember 2015 - Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Intensif Fardhu Ain Saudara Muslim (Pengukuhan) SIRI 4, bertempat di Dewan Hadhari & Surau Muhajirin Kompleks Pusat Islam. Kursus yang diadakan pada 9 & 10 Disember 2015 (Rabu dan Khamis) di antara lainnya bertujuan untuk memberi pendedahan ilmu berkenaan dengan asas fardhu ain seperti cara berwuduk, solat dan sebagainya kepada para peserta saudara muslim di samping memberikan mereka kefahaman di dalam pembacaan al-Quran secara umum.

Antara pengisian kursus adalah ceramah slot pertama yang bertajuk “Thoharoh” dan ceramah slot kedua berkaitan “Solat itu Tiang Agama” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Faisal bin Tan Mutallib dan slot ketiga pula ceramah mengenai “Mengenal al-Quran” oleh Encik Muhammad Khairul Arifin bin Ilias, Timbalan Pengarah Al-Baghdadi Training Centre Kuala Lumpur. Antara lain-lain aktiviti yangd diadakan ialah aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) seperti praktikal dalam solat serta membaca al-Quran dengan menggunakan teknik ketukan. Kursus ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Sahirman bin Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah.

 

 

 

 

 kifa 2  kifa 3
 kifa 4  kifa 6
 kifa 5  kifa 8

 

Disediakan oleh : Bahagian Pengurusan Dakwah

 


Cetak   Emel