05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKELSKT2016 2

 
 

6-8 Disember 2015 (Ahad-Selasa)– Unit Pentadbiran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan Bengkel Perancangan Aktiviti Tahun 2016 di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor. Seramai 31 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut.

Objektif bengkel ini adalah untuk meneliti dan mengenalpasti fungsi jawatan setiap pegawai dan kumpulan sokongan agar selaras dengan matlamat Jabatan dan fungsi unit, mengemaskini dan memantapkan senarai tugas sedia ada agar setiap pegawai dan kumpulan sokongan dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien dan sistematik, memastikan setiap aktiviti yang dirancang selari dengan senarai tugas pegawai dan kumpulan sokongan seterusnya mampu memberikan komitmen apabila diperlukan pada bila-bila masa, memantapkan keupayaan dan kapasiti Jabatan bagi meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan kepada pelanggan, memperkasakan tadbir urus Jabatan dan pembudayaan nilai-nilai murni kearah kecemerlangan Jabatan.

Bengkel yang dijalankan selama tiga (3) hari ini telah mendapat bimbingan daripada YBhg. Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli sebagai fasilitator. Sesi pertama bagi bengkel ini dimulai dengan sesi brainstorming bersama YBrs. Pengarah JAWI dan diteruskan dengan sesi bersama Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli bagi mencipta dan menganalisa program-program baru telah dilakukan supaya ianya selaras dengan fungsi JAWI dan memenuhi keperluan semasa.

Bengkel Perancangan Aktiviti JAWI Cawangan Putrajaya Tahun 2016 telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Paimuzi Bin Haji Yahya, Pengarah JAWI.

 

BENGKELSKT2016 1 BENGKELSKT2016 4
BENGKELSKT2016 3 BENGKELSKT2016 6
 BENGKELSKT2016 5  BENGKELSKT2016 7

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.


Cetak   Emel