05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Khitan Perdana Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2015

Khitan 09

6 Disember 2015 | 24 SAFAR 1437H (Ahad) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Hospital Pakar Al-Islam, Kg. Baru (KBMC)  telah mengadakan Majlis Khitan Perdana 2015.

Program ini disertai oleh 45 orang kanak-kanak sekitar Kuala Lumpur. Seramai 12 orang pegawai serta pembantu perubatan daripada KBMC telah terlibat bagi proses khitan tersebut. Program ini merupakan salah satu aktiviti untuk meraikan kanak-kanak ini dan dalam masa yang sama dapat menjalinkan ukhwah di kalangan ibubapa dan peserta yang terlibat. Selain itu, program kemasyarakatan ini juga mampu membentuk jaringan sosial yang baik antara masyarakat setempat dengan warga MWPKL.

Majlis ini dimulai dengan ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar MWPKL dan diikuti dengan sesi taklimat oleh YBrs. Dr. Shahrizal Azwan Bin Shamsudin, Pegawai Perubatan KBMC berkaitan proses pelaksanaan khitan dan teknik-teknik penjagaan selepas berkhitan. Majlis khitan dimulai dengan perarakan yang diiringi dengan bunga manggar dan paluan kompang bermula dari Anjung C ke Anjung A, diikuti dengan peserta dimandikan secara beramai-ramai dengan air semburan bomba. Majlis ini berakhir dengan aktiviti berkhitan yang bermula jam 09:30 pagi dan berakhir jam 02:30 Petang.

Semoga pengisian program yang telah digarap sepanjang majlis ini berlangsung dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.

Khitan 02 Khitan 03
Khitan 05 Khitan 06
Khitan 07 Khitan 10

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Cetak   Emel