05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Laporan Program Team Building 2015 JAWI Labuan

TBLabuan 02

28 November 2015 (Sabtu) – Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) telah mengadakan Program Team Building 2015 bertempat di Pulau Papan, Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Labuan.

Seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pegawai, kakitangan guru-guru SRAI, JAWI Labuan telah menghadiri program ini. Sesi pertama program telah diisi dengan sesi briefing oleh Ustaz Adli Zil-Ikram Bin Mohamed Arifin, daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI Labuan.

Program telah bermula pada jam 6.30 pagi hingga 3.00 petang hari yang sama. Di antara aktiviti yang telah dijalankan adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) termasuk Sesi Taaruf, Sesi Group Binding dan Sesi pertandingan dalam kumpulan bagi mencapai objektif program. Di antara Objektif Program ini adalah untuk menunjukkan kombinasi antara aktiviti indoor dan fizikal lasak akan mampu membentuk semangat kerja berpasukan dan juga mengembangkan bakat kepimpinan dalam diri peserta.

Menerusi penganjuran program ini, diharapkan agar para peserta program akan mendapat pendedahan dan meningkatkan kreadibiliti Pasukan Penguatkuasa Agama pada masa akan datang.

TBLabuan 01 TBLabuan 02
TBLabuan 03 TBLabuan 04

Foto dan teks oleh:

Bahagian Penguatkuasaan,

JAWI, Cawangan Labuan

 


Cetak   Emel