05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Rehlah Remaja Islam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2015 Ke Aquaria KLCC

Rehlah 02

28 November 2015 | 16 SAFAR 1437H (Sabtu) – Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Rehlah Remaja Islam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2015 Ke Aquaria KLCC. Program ini melibatkan seramai 78 orang termasuk urusetia dan peserta dari Persatuan Anak-Anak Yatim dan Pusat Tahfiz Al-Habbah, Taman Jasa Utama, Batu Caves, Selangor.

Program ini berobjektif untuk memberi pendedahan ilmu kepada golongan remaja melalui penghayatan kepada alam sekitar untuk mewujudkan kehidupan serta penghayatan agama yang meluas dan direalisasikan di dalam kehidupan seharian di samping merapatkan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti masjid bersama golongan remaja dalam membentuk jati diri tinggi serta berkeyakinan.

Program dimulai dengan sesi beramah mesra dengan peserta di Masjid WPKL dan aktiviti rehlah bermula jam 10:30 pagi. Para peserta diberi masa selama 2 jam untuk melihat keagongan ciptaan Allah S.W.T. dan program berakhir pada jam 2:00 petang dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta program.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat serta dapat meningkatkan tahap keimanan kepada Yang Maha Pencipta.

Rehlah 01 Rehlah 03
Rehlah 04 Rehlah 05
Rehlah 06 Rehlah 09

Foto dan teks oleh:

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Cetak   Emel