05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pemantapan Pengurusan Keselamatan dan Perlindungan

PPKP 04

23 November 2015 (Isnin) –Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Labuan telah menganjurkan Kursus Pemantapan Pengurusan Keselamatan dan Perlindungan JAWI Labuan di Bilik Seminar, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan W.P. Labuan selama dua hari sehingga 24 November 2015.

Kursus ini dihadiri 30 peserta dari kalangan ketua-ketua unit dan kakitangan JAWI  Labuan dan ianya bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan warga JAWI Labuan berhubung perlunya peningkatan dari aspek keselamatan terutamanya keselamatan dokumen, maklumat dan juga fizikal dan memperolehi pengetahuan untuk menghasilkan keselamatan perlindungan yang teratur dan berkesan dalam organisasi Kerajaan amnya dan JAWI Labuan khususnya.

Antara pengisian kursus tersebut adalah:

  1. Taklimat kursus bertajuk ‘Pengenalan Pejabat & Ancaman Keselamatan Terhadap Jabatan Kerajaan’ dan ‘Akta Rahsia Rasmi 1972 & Kajian Kes’ disampaikan oleh Encik Mathew Leefe Anak Musa, Pengarah Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia W.P. Labuan
  2. Taklimat kursus bertajuk ‘Kawalan Keselamatan Fizikal’ dan Pengurusan Keselamatan Peribadi dan ICT yang disampaikan oleh Encik Mohamad Esalan Bin Mohamad Salleh. Penolong Pegawai Keselamatan, Unit Sasaran Penting Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia W.P. Labuan
  3. Taklimat kursus bertajuk ‘Kawalan Keselamatan Dokumen’ dan ‘Tatacara Pengurusan Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi’ yang disampaikan oleh Encik Mohd. Nadzri Bin Sofian, Penolong Pegawai Keselamatan, Unit Keselamatan Perlindungan Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia W.P. Labuan.
PPKP 01 PPKP 02
PPKP 03 PPKP 05

Foto dan teks oleh:

Bahagian Khidmat Pengurusan,

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel