05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Keluarga Bahagia 2015 “Let’s Hijrah Usrati: Together We Aim Jannah”

HappyFamily IMG 0714

5 November 2015 (Khamis) – Sempena Maal Hijrah tahun 1437 Hijrah, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia 2015 dengan tema “Let’s Hijrah Usrati: Together We Aim Jannah”. Program yang bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini mencapai sasaran peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta orang awam dengan jumlah 500 orang peserta.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari ini mendapat perhatian penuh daripada para peserta. Ceramah pertama yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj daripada Jabatan Pendidikan Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bertajuk “Hijrah Membentuk Keluarga Bahagia” sarat dengan fakta-fakta menarik. Dr. Harlina menjelaskan bahawa penghijrahan manusia ini bermula sejak ruh dipindahkan ke alam rahim dalam kandungan ibu sehinggalah ke alam akhirat. “ Berubah daripada sesuatu kejahatan kepada kebaikan merupakan salah satu bentuk penghijrahan di dunia ini,” jelas beliau lagi.

Ceramah kedua  bertajuk “Mengubah Persepsi dan Emosi Tehadap Pasangan” disampaikan oleh Tuan Haji Noraman Amat yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).Kupasan secara santai dan bersahaja menarik perhatian para peserta untuk mendengar ceramah yang diberikan.

Majlis perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta mereka mengharapkan agar program-program berkaitan kekeluargaan dapat diadakan lagi pada masa akan datang. “ Sekiranya JAWI menganjurkan program-program berbentuk ceramah kekeluargaan, agensi kami akan memberi kerjasama untuk menghantar peserta,” menurut salah seorang peserta yang merupakan kakitangan awam kerajaan.

Pihak penganjur mengharapkan agar para peserta mendapat manfaat daripada program ini dan berharap agar program ini menjadi salah satu medan dakwah serta sumbangan yang besar dalam pembentukan masyarakat yang berakhlak.

HappyFamily IMG 0741 HappyFamily IMG 0629
HappyFamily IMG 0664 HappyFamily IMG 0694
HappyFamily IMG 0653 HappyFamily IMG 0731
HappyFamily IMG 0744 HappyFamily IMG 0699

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga


Cetak   Emel