05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

3000 Murid Khatam Al-Quran

 

16 November 2015 (Isnin) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran Perdana yang disertai oleh murid-murid Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) bagi tahun 2015. Seramai 3000 orang murid tahun enam yang terpilih telah mengikuti majlis tersebut yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Peserta majlis khatam ini dipilih berdasarkan kualiti pembacaan al-Quran yang lancar dan bertajwiddi semua SRA dan KAFA. Ia merupakan acara penutup kepada aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran pada sesi persekolahan. Melalui penganjuran majlis ini juga, ia memperlihatkan keunggulan syiar Islam di Malaysia.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sudi hadir bagi merasmikan majlis tersebut. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta khatam.

 
Bahagian Pelajaran, JAWI
   

Cetak   Emel