05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Jejak Ilmu di Surabaya, Indonesia

 
 

23 – 24 November 2015 (Isnin-Khamis) – Deligasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah berkunjung ke Surabaya , Indonesia mengikuti Program Jejak Ilmu. Seramai 5 orang pegawai JAWI dan 18 orang guru-guru Sekolah Rendah Agama Saidina Othman bin Affan, Cheras telah menyertai program tersebut.

Program jejak ilmu ini merupakan program kerjasama di antara JAWI dan Dinas Pendidikan di Indonesia. Sebanyak empat buah sekolah telah dikunjungi iaitu Sekolah Dasar Muhammadiyah di Sapen, Sekolah Tazkia di Malang, Sekolah Nurul Izzah  dan Sekolah Dasar Ngaglik 1 di Kota Batu.

Program ini dapat memupuk jalinan silaturrahim di antara dua negara serta ia memberi inspirasi kepada deligasi dalam usaha menambah baik pendidikan di JAWI terutama dalam bidang pendidikan Islam.

Kunjungan di sekolah tersebut memberi ruang kepada deligasi berdiskusi mengenai sistem pendidikan dan kurikulum yang diguna pakai. Setiap sekolah yang dikunjungi mempunyai keunikan tersendiri, antaranya pelaksanaan amali solat dhuha dan qailullah serta qiamullail secara berjadual tetap. Ia bertujuan menjamin kecergasan minda dan fizikal pelajar  sepanjang hari. Selain itu, penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab pada hari-hari tertentu banyak membantu pelajar menguasai serta berani berkomunikasi.

Bahagian pelajaran,JAWI
   
   

Cetak   Emel