05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Keindahan Rasm Uthmani Dan Seni Kaligrafi Islam

21 November 2015 (Sabtu) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Seminar Keindahan Rasm Uthmani dan Seni Kaligrafi Islam dengan kerjasama Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda Kuala Lumpur. Seminar ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Ustaz Syukri Yaakob, Ketua Imam Masjid Saidina Hamzah dan turut dihadiri oleh Y.Bhg. Ustazah Siti Fuziah bt Bachok, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAWI.

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah Masjid Saidina Hamzah serta wakil Institut Pengajian Tinggi yang berhampiran telah menghadiri seminar ini.

Sesi pertama seminar diisi dengan ceramah "Keindahan Rasm Uthmani" yang disampaikan oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Abd. Rauf bin Hassan daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), manakala ceramah kedua pula disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Zulhazmi bin Zakaria, yang merupakan Ahli Lajnah Tasheh Al-Quran KDN dengan tajuk "Isu-Isu dan Permasalahan Dalam Seni Kaligrafi Islam". Disamping itu pihak KDN juga turut mengadakan pameran berkaitan bahan-bahan cetakan, contoh-contoh Al-Quran tersalah cetak dan sebagainya.

Menerusi penganjuran seminar ini, diharapkan agar para peserta seminar akan mendapat pendedahan dan pemahaman mengenai sejarah, kaedah penulisan Rasm Uthmani serta mendapat pendedahan berkenaan seni khat dan kaligrafi Islam serta penyelewengan terhadap Al-Quran agar maruah dan kesucian Al-Quran tidak dicemari. 

 
RASM UTHMANI 1 RASM UTHMANI 2 RASM UTHMANI 3
 RASM UTHMANI 4  RASM UTHMANI 5  RASM UTHMANI 6

Cetak   Emel