05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL FAIL 06

 
 

13-15 November 2015 (Jumaat-Ahad) – Unit Pentadbiran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Cawangan Putrajaya telah mengadakan Bengkel Pengurusan Fail dan Rekod di Akademi Audit Negara, Bandar Baru Enstek, Negeri Sembilan. Seramai 30 orang peserta termasuk dua (2) orang daripada Bahagian Pelajaran JAWI telah menghadiri ini.

Objektif bengkel ini adalah untuk mengenal pasti konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629), melaksanakan urusan sistem mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia. Bengkel ini telah dijalankan selama tiga (3) hari yang melibatkan 3 kitaran hayat rekod iaitu pewujudan, penggunaan dan penyelenggaraan serta pelupusan.

Bengkel Pengurusan Fail Dan Rekod tersebut telah dirasmikan oleh YBhg.Tuan Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI.


BENGKEL FAIL 01 BENGKEL FAIL 03
BENGKEL FAIL 02 BENGKEL FAIL 04
 BENGKEL FAIL 05  BENGKEL FAIL 07

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.


Cetak   Emel