05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Seminar Fiqh Kontemporari Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2015

19 November 2015 (Khamis) - Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Association Of Islamic Banking Institutions Malaysia (AIBIM) telah mengadakan Seminar Fiqh Kontemporari Peringkat Wilayah Persekutuan yang diadakan di Dewan Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri bermula jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.

Seminar yang terdiri dari 2 orang penceramah telah memberi penjelasan terperinci berkaitan dengan isu-isu semasa syariah masa kini iaitu "Memahami Operasi & Isu-Isu Dalam Sistem Perbankan Islam" yang disampaikan oleh Encik Ahmad Fikri bin Mohd Paudzi dari CIMB Islamic Bank Berhad dan "Konsep Takaful Dalam Islam" yang disampaikan oleh Encik Wan Jemizan bin Wan Deraman, dari Takaful Sdn. Bhd.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 320 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan seperti JAWI, JUPEM, DBKL, PDRM, Jabatan Bomba, Hospital Kuala Lumpur, JKR dan MAIWP.

Objektif program ini adalah untuk memberi kefahaman kepada umat Islam terhadap isu-isu fiqh kontemporari, menjelaskan hukum sesuatu permasalahan kepada masyarakat mengikut fahaman Mazhab Shafie dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan agensi luar.

 
seminar fiqh kontemporari 1 seminar fiqh kontemporari 2 seminar fiqh kontemporari 3
 seminar fiqh kontemporari 4  seminar fiqh kontemporari 5  seminar fiqh kontemporari 6

Cetak   Emel