05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

usamah1

 
 

18 November 2015 (Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Wilayah Persekutuan buat julung-julung kalinya telah mengadakan Majlis Penutup Sambutan Ma’al Hijrah 1437H/ 2015M dengan kerjasama Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Antara pengisian program yang diadakan pada majlis tersebut ialah Forum Ma’al Hijrah yang bertajuk : “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” dan Pertandingan Melukis serta Mural Kanvas secara berkumpulan. Panel-panel dan moderator forum terdiri daripada  penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Ahmad Termizi  bin Abdul Razak, Ustaz Shahrizan bin Daud al-Turabi dan PU Razi. Selain daripada pertandingan melukis  dan Mural Kanvas, terdapat juga beberapa pertandingan lain yang telah diadakan sepanjang bulan  hijrah ini iaitu pertandingan wefie dan menulis buku scrap. Seramai 600 orang jemputan telah menghadiri majlis ini.

Majlis tersebut telah diserikan dengan Majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir ialah Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid, Ustaz Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, dan pegawai-pegawai kanan JAWI. Pada majlis tersebut YBhg. Pengarah telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 14367H dan merasmikan Pelancaran “Anjung Khidmat Keluarga JAWI” yang akan memulakan operasi pertamanya di Masjid Usamah bin Zaid.

 

usamah2 usamah3
usamah4 usamah5
 usamah6  usamah7

 
Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Masjid


Cetak   Emel