05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penulisan Khat Guru-Guru JAWI

 
 

4 - 5 November 2015 (Rabu - Khamis) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Penulisan Khat bertempat di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur. Seramai 40 orang guru Sekolah Rendah Agama JAWI telah menghadiri kursus ini.

Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai penulisan khat dan memperkasakan kemahiran penyampaian pengajaran khat melalui kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Selain itu, objektif kursus ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran pedagogi di kalangan guru.

Bengkel ini telah dijalankan selama dua (2) hari yang melibatkan enam slot. Hari pertama kursus dimulai dengan slot Pengenalan Asas Tulisan Khat. Seterusnya disambung dengan slot Kaedah Penulisan Khat Berdasarkan Huruf Tunggal dan Bersambung dan slot Kaedah Penulisan Khat Berdasarkan Perkataan. Manakala, slot Teknik Penulisan Khat Berdasarkan Ayat telah dijalankan pada hari kedua kursus. Seterusnya bersambung dengan slot Seni Lukisan Khat dan slot Teknik Pengajaran Tulisan Khat.

 Bahagian Pelajaran, JAWI

 

 
 
 

Cetak   Emel