05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Metodologi Pengajaran Akhlak

 

 
 

2 - 3 November 2015 (Isnin-Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Metodologi Pengajaran Akhlak bertempat di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur. Seramai 45 orang guru Sekolah Rendah Agama JAWI telah menghadiri kursus ini.

Objektif program ini adalah meningkatkan kemahiran penyampaian guru dalam pengajaran mata pelajaran Akhlak dan memantapkan penguasaan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Selain itu, objektif kursus ini adalah melahirkan guru-guru SRA JAWI yang mahir dalam pengajaran Akhlak seterusnya dapat menjadi fasilitator kepada guru yang lain.

Bengkel ini telah dijalankan selama dua (2) hari yang melibatkan enam slot. Hari pertama kursus dimulai dengan slot Pengenalan Asas Pedagogi Akhlak Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Seterusnya bersambung dengan slot Strategi dan Pendekatan Pengajaran Akhlak dan slot Kaedah dan Teknik Pengajaran Akhlak. Manakala, slot Aplikasi Kaedah Yang Sesuai Untuk Pengajaran Akhlak telah dijalankan pada hari kedua kursus. Seterusnya bersambung dengan slot Penyediaan Rancangan Pengajaran Akhlak dan slot Amali Pengajaran Mikro dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar.

 

Bahagian Pelajaran, JAWI

  
  
 

Cetak   Emel