05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sakit Bukan Alasan Untuk Tidak Solat

IBA2 

 

17 November 2015 (Selasa) - Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Seminar Perdana : Panduan Ibadah Pesakit 2015 bertempat di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kompleks Pusat Islam. Seminar yang diadakan pada 17 November 2015 (Selasa) di antara lainnya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta yang majoritinya bekerja di hospital sekitar Wilayah Persekutuan berkenaan kaedah yang tepat dalam membantu pesakit-pesakit di hospital untuk bersuci dan mengerjakan solat. Program selama setengah hari ini telah menarik seramai hampir 600 penyertaan dari pelbagai jabatan dan agensi serta pihak swasta/NGO. Antara pengisian seminar adalah ceramah bertajuk “Ketika Musibah Melanda” oleh Dato’ Hj. Kamaruddin bin Hj. Zakaria, mantan Imam Besar Masjid Negara dan ceramah panduan ibadah pesakit yang disampaikan oleh Ustaz Mat Jaiz bin Kamos, Ketua Penolong Mufti Selangor. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, Us. Yusof bin Mamat. 

 

IBA6 IBA7
 IBA1 IBA4
 IBA3 IBA5

 

 


Cetak   Emel