05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Gotong – royong perpindahan kaunter Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI

 pindah kaunter 1
 

14 November 2015 (Sabtu) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi menjayakan perpindahan kaunter perkahwinan, perceraian dan ruju’ yang berada di aras tiga ke aras satu BPPK. Seramai 37 pegawai dan kakitangan BPPK telah hadir untuk mengemas dan menyusun atur ruangan pejabat dan kaunter aras satu agar operasi boleh dijalankan dengan lancar pada hari Isnin, 16 November 2015.

 

Kaunter aras satu yang siap diubahsuai pada awal tahun 2013 telah digunakan untuk urusan rundingcara keluarga sahaja. Antara kekangan bagi urusan perkahwinan, perceraian, dan ruju’ beroperasi di kaunter aras satu adalah ruang kerja dan ruangan untuk menyimpan dokumen-dokumen yang sangat terhad. Namun, melihat kepada keperluan dan keadaan semasa yang memerlukan kaunter urusan perkahwinan, perceraian, dan ruju’ dipindahkan ke aras satu, Puan Hajjah Zaiton binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) berusaha merancang dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk merealisasikan perpindahan kaunter perkahwinan, perceraian, dan ruju’ dari aras tiga ke aras satu. “ Bahagian ini berurusan dengan ramai pelanggan dengan bermacam-macam latar belakang dan ragam. Saya mendapat banyak aduan menyatakan pelanggan berasa penat untuk naik tangga sehingga aras tiga lebih-lebih lagi bagi warga emas dan golongan kurang upaya. Tidak kurang juga wanita yang mengandung dan yang membawa anak kecil berurusan di kaunter BPPK ini,” ujarnya. “Diharapkan agar perpindahan kaunter urusan ini dapat memudahkan orang awam untuk berurusan,” katanya lagi.

 

Pelanggan-pelanggan BPPK yang terdiri daripada masyarakat awam membuat urusan berkaitan perkahwinan, perceraian, dan ruju’ sama ada untuk memohon kebenaran berkahwin, mengambil surat perakuan nikah, cerai, atau ruju’, membuat kad nikah dan urusan-urusan lain yang berkaitan. Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada perunding keluarga di BPPK. BPPK menerima purata 200 hingga 250 pelanggan setiap hari. Urusan kaunter BPPK juga dibuka pada waktu rehat iaitu pada jam 1.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang kecuali pada hari Jumaat. Petugas-petugas kaunter juga memberi komitmen yang sangat tinggi dalam menjalankan tugasan dan berhadapan dengan masyarakat awam.

 

Diharapkan sempena tahun baru hijrah ini memberi semangat baharu kepada semua pegawai dan kakitangan BPPK untuk terus memberi komitmen dan menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.

pindah kaunter 2  pindah kaunter 3
 pindah kaunter 4  pindah kaunter 5
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
 

Cetak   Emel