05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Muzakarah Bersama Syarikat-Syarikat Penganjur Kursus Pra Perkahwinan Islam bagi Tahun 2015

muzakarah 1
 

16 November 2015 (Isnin) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan dan permit kepada syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan pusat kursus pra perkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Hal ini disebabkan penganjuran kursus pra perkahwinan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan tidak dijalankan sendiri oleh Jabatan Agama berbeza dengan kebanyakan negeri. Bahagian ini telah melaksanakan pelbagai tindakan untuk memastika syarikat-syarikat penganjur kursus pra perkahwinan ini menjalankan kursus bertepatan dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh jabatan.

 

Pematuhan terhadap garis panduan ini dipantau oleh pegawai-pegawai BPPK setiap dua bulan sekali dan syarikat-syarikat yang tidak mematuhi garis panduan juga akan dipanggil untuk memberi penjelasan sebelum permit ditarik semula. Selain itu bahagian ini juga mengambil inisiatif mengadakan Majlis Muzakarah Bersama Syarikat-Syarikat Penganjur Kursus Pra Perkahwinan Islam Bagi Tahun 2015 untuk membincangkan isu dan permasalahan yang berlaku sepanjang syarikat-syarikat ini menjalankan operasi agar pihak jabatan dapat mengambil inisiatif untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Majlis muzakarah yang bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini mendapat sambutan yang baik daripada penganjur pusat kursus pra perkahwinan. Seramai 36 orang peserta daripada 29 pusat kursus pra perkahwinan telah hadir dalam muzakarah ini.

 

Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Puan Hajjah Zaiton binti Abd Rahman mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penganjur pusat kursus yang hadir. “ Saya amat berbesar hati dapat berjumpa dengan tuan-tuan dan puan-puan yang menganjurkan kursus pra perkahwinan Islam ini. Tuan-tuan dan puan-puan merupakan warga JAWI secara tidak langsung kerana membantu JAWI menjalankan kursus pra perkahwinan ini,” ujarnya dalam ucapan alu-aluan. Pengarah JAWI, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya juga telah hadir ke muzakarah ini untuk memberi amanat kepada peserta-peserta muzakarah ini. Selain itu, Tuan Haji Paimuzi juga membuka ruang kepada para peserta untuk mengajukan sebarang permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan dasar agar tindakan segera dapat diambil. Antara isu yang ditimbulkan ialah isu berkaitan perbezaan jumlah yuran penyertaan kursus pra-perkahwinan Islam antara Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan negeri lain menyebabkan penganjur kursus kekurangan peserta dan pendapatan. Penganjur pusat kursus berharap agar pihak JAWI dapat mengusulkan cadangan penyelarasan yuran penyertaan kursus kepada negeri-negeri lain melalui Jakim.

 

Dalam muzakarah ini, pembentangan bertajuk “Pematuhan Garis Panduan dan Peraturan Pelaksanaan Kursus Pra Perkahwinan Islam Di Wilayah-Wilayah Persekutuan Serta Isu-Isu Semasa Berkaitan” telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah BPPK yang mengetuai unit Kursus Pra Perkahwinan iaitu Ustaz Shahriman bin Ali Pitchay. Pembentangan bertajuk “Taklimat Semasa Modul Kursus Pra Perkahwinan” pula telah dibentangkan oleh Ustazah Nurul Hafizah binti M.Mokhtar daripada Bahagian Keluarga, komuniti, Sosial Jakim. Penganjur pusat kursus pra perkahwinan juga telah dibekalkan dengan kompilasi cerita pendek dalam bentuk tayangan video yang baharu untuk ditayangkan kepada peserta kursus.

 

Diharapkan agar para peserta yang terdiri daripada penganjur kursus pra perkahwinan Islam ini memperoleh manfaat daripada muzakarah ini dan akan sentiasa menjaga nama baik syarikat dan juga jabatan selain memastikan kursus ini berjalan mengikut modul-modul yang telah ditetapkan oleh Jakim.

 

muzakarah 2  muzakarah 3
 muzakarah 4  muzakarah 5
 muzakarah 6  muzakarah 7
 
Disediakan oleh:
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Cetak   Emel