05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 DSCF8573

16 November 2015 ( Isnin) – Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Kariah dengan kerjasama Kolej Vokasional  ERT Setapak telah melaksanakan Program Bimbingan Tambahan Asas Penyembelihan Anjuran Pusat Zon 4 bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur yang disertai oleh pelajar Diploma Tahun 1 Seni Kulinari seramai 200 orang  peserta dan juga remaja sekitar Wangsa Maju.

Program Bimbingan Tambahan Asas Penyembelihan ini mendedahkan kaedah asas penyembelihan yang betul kepada pelajar. Ia bertujuan memberi kesedaran tentang pentingnya cara penyembelihan yang digalakkan oleh Islam.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kaedah penyembelihan yang betul, mendedahkan amali berdasarkan kokurikulum yang diajarkan dalam matapelajaran Pendidikan Islam Peringkat Diploma. Seterusnya menjadikan masjid sebagai Pusat Perkembangan Ilmu supaya pelajar boleh mendekatkan diri dengan Institusi masjid.

Program yang telah terlaksana ini telah merangkumi  teori dan amali asas penyembelihan untuk menarik minat pelajar dalam asas penyembelihan. Ceramah disampaikan oleh Us Mohd Anas Ibrahim Bin Mohd Zaini, manakala praktikal sembelihan telah dilaksanakan oleh Ybhg. Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, KPPK Bahagian Kariah, JAWI .Majlis berakhir jam 2.30 petang.

DSCF8568  DSCF8582 
 DSCF8591  DSCF8573

 

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel