05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 5/2015

 gambar 01aa

 

1 Oktober 2015 (Khamis) – Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyambung lagi program bersiri anjuran bahagian iaitu Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri 5/2015. Program ini berlangsung di Dewan Jejantas, Kompleks Pusat Islam, Kompleks Pusat Islam, JAWI. Program tersebut bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan BPPK dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan telah hadir untuk mendengar penerangan Akta 303 daripada YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor.

 

YAA Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar telah menjelaskan akta 303 secara terperinci mengikut seksyen-seksyen yang terkandung dalam akta tersebut serta isu-isu semasa yang berkaitan. Pada siri kelima ini, YAA Dr. Haji Mohd Na’im telah menyambung penjelasan tentang isu poligami yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI) Wilayah-Wilayah Persekutuan (Akta 303).Pada sesi kali ini penceramah menerangkan terlebih dahulu tentang Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1998 (Akta 585) di yang telah mengklasifikasikan undang-undang kepada dua jenis iaitu undang-undang substantif (qanun maudhu’ie) dan Undang-undang tatacara (qanun al-ijrai). Undang-undang substantif (qanun maudhu’ie) merupakan Undang-undang yang memperuntukan tentang hak dan tanggungjawab manakala  undang-undang tatacara (qanun al-ijrai) merupakan undang-undang  yang memperuntukkan memperuntukan tatacara bagaimana hak-hak substantif ini di tatacarakan. Contoh Undang-undang substantif (qanun maudhu’ie)  ialah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Akta 303) yang menjadi salah satu rujukan utama di BPPK. Antara contoh yang menjadikan akta Undang-Undang Keluarga Islam (Akta 303) dikategorikan bawah undang-undang substantif (qanun maudhu’ie) kerana  akta ini memberi peruntukan undang-undang kepada seseorang suami yang ingin berpoligami.

 

 

Walaupun topik berkaitan undang-undang ini agak teknikal dan memerlukan fokus yang mendalam daripada para peserta, penceramah dapat menghuraikan isu-isu berkaitan dalam laras bahasa yang mudah difahami dan senang diterima oleh golongan sasar. Semoga program ini dapat memberikan pemahaman yang jelas berkaitan peruntukan-peruntukan Akta 303 kepada kakitangan BPPK dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam (PPNCR) Wilayah Persekutuan dalam mengendalikan urusan nikah, cerai dan ruju’ di Wilayah Persekutuan selain mendapat maklumat yang tepat dalam memastikan pengendalian semua operasi dan perkhidmatan pengurusan nikah, cerai dan ruju’ adalah selari dengan peruntukan-peruntukan Akta 303.

 

kelas bacaan akta 1okt2015 02   kelas bacaan akta 1okt2015 03
 kelas bacaan akta 1okt2015 05  kelas bacaan akta 1okt2015 04

Disediakan oleh:                                                             Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel