05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengarah JAWI Ketuai Delegasi Program Diskusi Isu Nikah Tanpa Kebenaran di Selatan Thailand

lawatan thai 1
 

28 - 29 Oktober 2015 (Rabu – Khamis) – Peningkatan warganegara Malaysia melangsungkan pernikahan tanpa mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri di Thailand meningkat dari tahun ke tahun melibatkan pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Memandangkan pernikahan di Selatan Thailand ini menjadi trend semasa, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) telah mengambil langkah untuk mengadakan Program Diskusi Isu Nikah Tanpa Kebenaran di Selatan Thailand bersama Konsul Jeneral dan wakil-wakil qadi dari Wilayah-Wilayah Selatan Thailand di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla.

Program ini bertujuan bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam mengatasi permasalahan isu nikah tanpa kebenaran dan tidak mematuhi perundangan keluarga Islam dan juga memberi penjelasan tentang prosedur perkahwinan, perceraian, dan ruju’ orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan kepada pihak Majlis Agama Islam di Wilayah Selatan Thailand iaitu Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat.Selain itu, JAWI juga ingin membina jaringan hubungan yang baik dengan Majlis Agama Islam di Selatan Thailand dan juga pihak Pejabat Konsul Besar Malaysia di Thailand.

Pengarah JAWI, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya telah mengetuai delegasi program diskusi ini dan disertai oleh wakil-wakil bahagian yang terlibat iaitu Ustazah Hajjah Zaiton binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Bahagian Penguatkuasaan, Tuan Mohammad Adib bin Husain, Ketua Pendakwa Syarie (KPS), Ustaz Khawi bin Che Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial, dan Komuniti, Jakim. Selain itu, program ini juga disertai oleh penyelaras program iaitu Ustazah Nazihan binti Idris, Penolong Pengarah Kanan (PPK) cawangan nikah, cerai, dan ruju’ BPPK dan dua orang urus setia iaitu Ustaz Zakaria bin Mohamed dan Ustaz Hazman bin Hashim.

Al-Quds Travel Sdn. Bhd. Telah dipilih sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan sepanjang program telah mengatur jadual delegasi mengikut perancangan yang telah dipersetujui. Delegasi JAWI berlepas ke Hatyai dari Lapangan Terbang KLIA 2 pada jam 11.30 pagi dan tiba pada jam 12.30 tengah hari waktu tempatan. Pada jam 3.00 petang, delegasi JAWI telah tiba di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Songkhla dan perbincangan tentang isu-isu nikah, cerai, dan ruju’ terus dimulakan dan tamat pada jam 7.00 malam. Pihak konsulat dan wakil-wakil dari Wilayah-Wilayah Selatan Thailand memberikan kerjasama yang baik dalam perbincangan tersebut dan seramai 13 orang wakil telah hadir dalam perbincangan tersebut.

Delegasi JAWI telah menginap di BP Shamila Hotel yang berada tidak jauh dari Pejabat Konsul Besar Malaysia sebelum meneruskan program lawatan ke Majlis Agama Islam Songkhla pada keesokan hari. Tujuan lawatan ke Majlis Agama Islam (MAI) Songkhla adalah untuk mendapatkan maklumat tentang operasi nikah, cerai, dan ruju’ yang dijalankan di Majlis Agama Islam  tersebut. Wakil dari JAWI disambut baik oleh pegawai di MAI Songkhla dan  telah diberi peluang menyaksikan upacara akad nikah yang dijalankan di sana.

Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana banyak faedah yang diperoleh daripada program ini. Banyak perbincangan dan keputusan dapat diselaraskan antara MAI di Selatan Thailand dan pihak JAWI khususnya dalam urusan nikah cerai dan ruju’ orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

lawatan thai 2  lawatan thai 3
 lawatan thai 5  lawatan thai 4
 lawatan thai 7  lawatan thai 6

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel