05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Diskusi Pengajaran dan Pembelajaran Iqra' Pusat Iqra', Yogyakarta, Indonesia

 
 

5 - 8 November 2015 (Khamis-Ahad) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyertai Program Diskusi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Iqra' di Pusat Iqra', Yogyakarta, Indonesia yang diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI. Program atas undangan Yayasan Team Tadarus AMM Yogyakarta, Indonesia turut disertai oleh Dr. Mohd Zamir bin Bahall, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Akademik), Bahagian Pelajaran, pegawai dan Jawatankuasa Kurikulum Zon yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Rendah Agama, JAWI. Program yang melibatkan 19 orang delegasi JAWI telah diselaras oleh Unit Perancangan Akademik dan Kurikulum.

Program tersebut bertujuan mendapatkan maklumat dan kaedah yang tepat mengenai pelaksanaan PdP Iqra' yang telah diperkenalkan oleh al-Marhum Haji As'ad Humam, Pengarah Kumpulan Tadarus Angkatan Muda Masjid dan Musholla, Yogyakarta, Indonesia pada 1988.

Hasil lawatan ke Taman Kanak-kanak KIBAR di Grojogan mendapati kanak-kanak seawal usia lima tahun diasuh 'Cara Cepat dan Fasih Belajar Membaca al-Quran KIBAR'. Tadika yang dibiayai hasil royalti daripada penjualan bahan bantu mengajar Iqra' di seluruh dunia mempunyai 10 orang guru dan dilengkapi kemudahan CCTV, VCD pembelajaran, permainan kreatif dan perpustakaan. Delegasi JAWI turut didedahkan dengan KIBAR iaitu kaedah terkini cara membaca al-Quran yang disesuaikan dengan perkembangan karektor kanak-kanak. Dalam tempoh yang singkat, maksima tiga bulan kanak-kanak akan fasih dan lancar membaca al-Quran menerusi empat naskah buku iaitu:

  1. KIBAR PRA: Pengenalan huruf-huruf hijaiyyah berbaris fathah
  2. KIBAR A: Pengenalan huruf sambung, mad dan fathah tanwin
  3. KIBAR B: Pengenalan kasrah, kasrah tanwin, dhommah, dhommah tanwin, sukun dan qalqalah
  4. KIBAR C: Pengenalan waqaf, mad wajib, tasydid, idgham dan ikhfak

Al-Quran adalah mukjizat agung yang mengatasi akal fikiran manusia biasa. Hasil lawatan ke Pondok Tuna Rungu, Autis dan Tuna Grahita di Grojogan mendapati kanak-kanak cacat pendengaran, autisme dan mengalami dua kecacatan sekaligus (dari segi perkembangan pertumbuhan fizikal dan mental) boleh dididik membaca al-Quran. Berkat kegigihan dan kesabaran guru, kanak-kanak kelainan upaya tersebut mampu membaca al-Quran sebagaimana kanak-kanak normal. 

 Bahagian Pelajaran, JAWI
   
   
   

Cetak   Emel