05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pengurus Jenazah Selangkah ke Hadapan

jen 8

 

9 November – 11 November 2015Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Pembangunan Kemahiran Pengurus Jenazah dan Pembimbing 2015 bertempat di Suria Hot Springs, Bentong, Pahang Darul Makmur. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran peserta dalam mengurus jenazah yang berisiko di samping memberi pendedahan berkaitan teknik asas pengucapan awam agar peserta dapat memantapkan kualiti penyampaian dalam siri kursus pengurusan jenazah.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah diisi dengan ceramah berkaitan penyakit berjangkit oleh Dr. Nurul Aida binti Salleh, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur dan ceramah Teknik Pengucapan Awam yang disampaikan oleh Us. Tuan Asmawi bin Tuan Omar daripada Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Yaakob bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, Us. Yusof bin Mamat.

 

jen 1  jen 2 
 jen 3 jen 7 
 jen 4 jen 5 

Cetak   Emel