05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Forum Dialog Silang Agama “Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk Dari Perspektif Agama-Agama”

 

diasyraf

7 November 2015 (Sabtu) – Kestabilan dan keamanan yang dikecapi di negara ini tidak terjamin sekiranya Perlembagaan Persekutuan tidak dipertahan serta diperkukuhkan.  

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Perlembagaan perlu difahami dengan jelas oleh setiap masyarakat pelbagai kaum dan agama kerana perkara tersebut merupakan struktur asas kepada sesebuah negara. Kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan perlu terus dihormati tanpa mengabaikan hak dan tanggungjawab agama lain.

“Perlembagaan ini perlu dipertahankan sebab itu Malaysia walaupun agama Islam merupakan agama negara tetapi tidak pernah menafikan hak agama lain”.

“Malah satu-satunya negara yang meraikan semua perayaan kaum masing-masing serta tidak pernah sekali pun berlaku seperti negara-negara luar yang mempunyai sentiment untuk meruntuhkan negara dan meluahkan rasa tidak puas hati walaupun Islam merupakan agama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Dialog Silang Agama “Perpaduan Dalam Masyarakat Majmuk Dari Perspektif Agama-Agama” bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengenai sesi forum dialog tersebut, beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak memandang remeh pindaan Akta Hasutan yang dibuat kerajaan kerana undang-undang tersebut merupakan satu intrumen penting bagi menjaga keharmonian agama di negara ini. Akta Hasutan yang ditambah baik tersebut tidak akan membenarkan mana-mana pihak menyentuh bukan sahaja agama Islam tetapi juga sentimen agama-agama lain di negara ini dengan menjaga hubungan sesama agama.  

Forum dialog ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM). Forum ini telah dihadiri seramai 800 orang terdiri daripada Persatuan Agama, Persatuan Kelab Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Belia Malaysia dan non-muslim.

Budaya dialog seperti ini wajar diteruskan bagi memupuk hubungan yang berterusan antara penganut agama dalam menjaga keharmonian negara.

 

di1  di2 
 di3  di4

 

 Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

JAWI


Cetak   Emel