05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Mahrajan Amal Islami Muallaf - Mencungkil Bakat Terpendam

 

mah10 

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah berjaya menganjurkan Program Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Wilayah Persekutuan 2015M/1437H pada 6-8 November 2015 bertempat di SRA Ibn Khaldun dan Masjid Wilayah Persekutuan. Program ini disertai oleh saudara baru/muallaf dari JAWI Kuala Lumpur, JAWI Cawangan Putrajaya, PERKIM, KIMMA, Amaniah Mualaf Care Center (AMCC) dan Hidayah Centre Foundation.


Program ini diadakan bertujuan untuk menilai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran muallaf dalam beberapa aspek ajaran Islam dan perlaksanaan ibadah di samping untuk memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan melalui acara-acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan Tilawah Al - Quran, Hafazan, Azan dan Iqamah, Solat Individu, Syarahan dan Kuiz. Program ini diadakan untuk mendapatkan calon penyertaan terbaik mewakili Wilayah Persekutuan ke Program Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang akan berlangsung pada 4-6 Disember 2015.


Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah telah dirasmikan oleh Y.Brs Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Pengumuman pemenang disampaikan oleh Ustazah Maizura Bt Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Sebelum itu, majlis dimulakan dengan Forum Hijrah oleh Moderator, Ustazah Sharidah Bt Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Panel jemputan adalah Saudara Adam Corrie Lee dan Saudari Shilla Lama.

Jabatan ini berharap agar program ini dapat memberikan impak yang positif di kalangan muallaf dan mewujudkan komuniti muallaf yang dapat menghayati ajaran Islam dengan baik.

 

 mah1 mah2 
 mah4  mah5
 mah7  mah6
 mah9  mah8


Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 

 


Cetak   Emel