05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 IMG-20151108-WA0018

 

08 NOVEMBER 2015 (Ahad) – Pusat Zon 4, Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI dengan kerjasama Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat melalui Biro Wanita telah menganjurkan program Al-Maraya pada hari Sabtu, 8 November 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Al-Akram, Masjid Al-Akram. Program yang julung kalinya diadakan telah dihadiri lebih kurang 400 orang jemaah wanita sekitar Kg. Datuk Keramat bermula seawal jam 8.00 pagi

 

Antara objektif pengajurannya adalah bagi mewujudkan hubungan silaturahim antara kaum ibu sekitar kariah Kg. Datuk Keramat melalui medium dakwah di masjid. Antara pengisian program Al-Maraya adalah kuiz kanak-kanak, kuiz agama bagi kaum ibu, jualan barangan sunnah dan diakhiri forum bicara wanita bertajuk ‘Peranan Wanita Dalam Era Globalisasi” yang menampilkan Ustazah Zawiyah Hassan seorang penceramah bebas, Ustazah Muzaiyanah, seorang pendidik dan Ustazah Nurhaya sebagai moderator.

 

Rata-rata mereka yang hadir amat berpuashati dengan penganjuran program yang dikhaskan untuk kaum wanita dan berharap lebih banyak lagi program sebegini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

 

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato Affandi Zahari, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Titiwangsa.


IMG-20151108-WA0020  IMG-20151108-WA0027 
 IMG-20151109-WA0004  IMG-20151108-WA0023
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel