05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 


 2 2

Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2016, Bahagian Pengurusan Masjid telah diadakan di Impian Morib Hotel, Banting, Selangor Darul Ehsan pada 4 - 6 November 2015. Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang terdiri daripada pegawai/ kakitangan 4 Cawangan Bahagian Pengurusan Masjid iaitu Cawangan Penyelarasan dan Perancangan Masjid (CPP), Cawangan Pengimarahan dan Takmir (CIT), Cawangan Khutbah dan Latihan (CKL) dan Cawangan Masjid dan Surau (CMS). Turut hadir PPK Zon 1, Zon 2, Zon 3, Zon 4, Zon 5 dan Zon 6. Bengkel ini telah dikendalikan oleh KPPK dan KPP, Bahagian Pengurusan Masjid. Manakala, Majlis Perasmian disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pada Majlis tersebut YBrs. Tuan Pengarah memaklumkan bahawa nama Bahagian Pengurusan Kariah telah ditukar kepada Bahagian Pengurusan Masjid setelah mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selain itu beliau turut menyarankan agar perancangan SKT 2016 tidak terikat dengan SKT yang lalu dan perlu diinovasikan dengan program/ aktiviti yang baru atau dijenamakan semula serta selaras dengan Sasaran Kerja Strategik (SKS) JAWI. Para peserta bengkel telah memberikan komitmen yang tinggi dan cetusan idea yang bernas hingga terhasilnya SKT 2016 dengan jayanya.  

 dua  tiga
 lima  empat
enam tujuh

 

Disediakan oleh :

Bahagian Pengurusan Masjid

 

 


Cetak   Emel