05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

 IMG 8583

 

10 Januari 2016 (Ahad) – Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan  telah mengadakan Program Hari Bertemu Jemaah Sempena Cinta Nabi Kita pada 8 hingga 10 Januari 2016 bertempat di perkarangan Masjid al-Muttaqin.

 

Program 3 hari ini telah dimulai dengan ceramah yang bertajuk ‘Islam Best Giler’ yang telah disampaikan oleh Brother Shakirit Kalkulal Govitji selepas solat Maghrib pada 8 Januari 2016 iaitu pada hari Jumaat. Ceramah ini mengenai perbandingan agama yang menzahirkan bahawa Islam adalah agama yang benar dan mencari titik persamaan diantara semua agama adalah tuhan yang Esa. Manakala pada 9 Januari 2016 pihak masjid dengan kerjasama Muallaf Centre (MCC) Kepong telah melaksanakan aktiviti mendekati bukan Islam dengan menziarahi gerai-gerai mereka di sekitar kawasan masjid. Pada keesokannya pula adalah hari kemuncak Karnival Hari Bertemu Jemaah 2016 dengan diadakan pertandingan perarakan daripada beberapa kotinjen yang terdiri daripada jemaah muslimin Al-Muttaqin, SRA Al-Muttaqin, SK Wangsa Melawati, KVERT dan beberapa buah Rumah Anak Yatim. Pertandingan tersebut telah disertai seramai 300 orang peserta.

 

Antara program yang diadakan adalah untuk meraikan ahli jemaah dan memberi informasi yang terkini dengan menyediakan pelbagai program dan aktiviti seperti menyediakan pameran yang terdiri daripada pelbagai agensi di sekitar kawasan Wangsa Melawati. Selain itu, sambutan Maulidul Rasul juga turut dijayakan pada sebelah pagi dengan perarakan dan disusuli dengan selawat cinta nabi.

 

Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh Ybhg. Tuan Haji Yaakob Bin Abdul Rahim selaku Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. 

 

IMG 8570  IMG 8573 
 IMG 8575  IMG 8600

Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel