05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kunjungan Silaturrahim dari SD Muhammadiyah, Jogjakarta

 
4 November 2015 (Rabu) – Sekolah Rendah Agama Saidina Othman bin Affan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima kunjungan dari deligasi SD Muhammadiyah, Sapen, Jogjakarta. Seramai 40 orang pegawai, guru dan murid-murid dari sekolah tersebut telah menyertai sesi lawatan silaturrahim ini bermula pada jam 9.00 pagi, telah disambut mesra oleh pihak pegawai JAWI dan guru-guru dari SRA tersebut.

Menurut Ketua Sekolah iaitu Pak Agong bahawa SD Muhammadiyah merupakan pusat pendidikan sekolah rendah yang memiliki keunikan yang tersendiri. Ia bukan sahaja memberi fokus kepada bidang akademik namun menggalakkan aspek kebudayaan. Semua murid di sekolah tersebut dipastikan agar lulus iqra’ sebagai persediaan membaca al-Quran. Manakala aspek kebudayaan yang diperkenalkan di sekolah tersebut ialah kemahiran mencanting batik, permainan alatan muzik gamelan, seni mempertahankan diri dan seni tarian.

Aktiviti bersama antara murid SRA dan SD Muhammadiyah telah diadakan melalui pembuatan payung terjun. Dalam sesi ini, murid telah dibahagikan kepada kumpulan kecil. Fokus yang ditekankan dari aktiviti tersebut ialah pembentukan kreativiti murid, keberanian dalam memberi hujah jawapan serta ketrampilan jati diri murid yang sebenar. Selain itu, turut diadakan persembahan seni dari kedua belah pihak. SRA telah mempersembahkan nasyid manakala pihak SD Muhammadiyah telah mempersembahkan tarian kebudayaan.

Pertemuan singkat ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara deligasi yang datang dengan pihak SRA. Pengalaman dari dua belah pihak ini mampu membuka minda serta memberi informasi baharu dalam melaksana transformasi pendidikan yang terbaik kepada anak didik masing-masing.

 

Bahagian Pelajaran, JAWI

   
   

Cetak   Emel