05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pembangunan Sahsiah Diri Pegawai dan Kakitangan BPPK di Pulau Pangkor

team building pangkor 1
 

11-13 September 2015 (Jumaat – Ahad) - Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Pembangunan Sahsiah Diri untuk pegawai dan kakitangan BPPK bertempat di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor Perak. Antara tujuan kursus yang julung kali diadakan ini adalah untuk membantu pegawai dan kakitangan bahagian mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta peluang dan cabaran dalam persekitaran dirinya, khususnya dalam konteks kerja berpasukan selain untuk mengukuhkan semangat setiakawan dan nilai – nilai kesepakatan dalam organisasi.  Kursus yang disertai oleh 34 peserta dari BPPK ini telah dikendalikan oleh Syarikat Konsultan Kieno Dynamic Sdn. Bhd.

Kursus selama tiga hari dua malam yang dikendalikan sendiri oleh pengarah urusan Kieno Dynamic, Tuan Noorlihakie bin Raja Husain mendapat sambutan yang baik daripada peserta kursus. Modul-modul yang disediakan oleh pihak konsultan menguji kecekapan minda, semangat kerjasama dan ketahanan fizikal para peserta kursus. Antara aktiviti yang paling mencabar dalam kursus ini ialah aktiviti Pangkor Explore Race. Aktiviti  yang melibatkan peserta daripada pelbagai peringkat umur ini sangat mencabar kerana memerlukan para peserta menjelajah segenap pelosok Pulau Pangkor dan menyelesaikan permasalahan yang memerlukan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif. Selain aktiviti Pangkor Explore Race, peserta juga diberi peluang menjalankan aktiviti pertandingan berakit iaitu Rakit Race. Para peserta dikehendaki membina rakit daripada kayu dan pelampung untuk pertandingan berakit ini dan mengharungi ombak yang kuat.

Pada hari terakhir kursus, bahagian ini amat berbesar hati kerana Timbalan Pengarah (Operasi),Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim telah sudi untuk menyempurnakan majlis perasmian penutup kursus ini. Dalam ucapan perasmian penutup Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI mengharapkan agar kursus yang dijalankan ini memberi kesan yang positif kepada setiap peserta dan memberi faedah kepada jabatan. Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPK, Hajjah Zaiton binti Abd Rahman juga melahirkan rasa syukur kerana program yang telah dirancang sejak awal tahun ini dapat dilaksanakan. Para peserta juga memberi kerjasama yang sangat baik dan respon yang positif terhadap program ini. Semoga program ini memberi impak jangka panjang kepada pegawai dan kakitangan BPPK seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada jabatan dan masyarakat.

team building pangkor 2  team building pangkor 3
team building pangkor 4 team building pangkor 5
 team building pangkor 6  team building pangkor 7

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga

JAWI


Cetak   Emel