05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

HUTAN JEMALOI BERJAYA DITAWAN

 

jem1 

2-4 Oktober 2015 (Isnin-Rabu) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah dengan kerjasama 74 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja telah berjaya menganjurkan Program Latihan Jati Diri siri 2. Program ini telah diadakan di Hutan Alam Liar, Jemaloi Negeri Sembilan dan telah melibatkan 51 orang peserta terdiri daripada kakitangan JAWI dari setiap bahagian.

Program jati diri ini telah diketuai oleh Lt Kol. Hj. Abd Jalil bin Ramli Pegawai  Memerintah 74 BN KPD dan Mejar Safarin bin Mohd SaadPenolong Pegawai Memerintah 74 BN KPD. Majlis perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Y.Brs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penguasaan pengurusan dalam merancang dan membuat stratergik yang lebih baik. Selain membina perhubungan ukhwah diantara setiap kakitangan JAWI dan membentuk jati diri yang berdaya tahan dan berdaya saing terutamanya dari aspek mental dan fizikal serta mempelajari nilai-nilai disiplin dalam ketenteraan yang boleh diterjemahkan dalam tugasan harian.

Sepanjang 3 hari 2 malam, para peserta juga merasai cabaran kelangsungan hidup di dalam hutan menggunakan alam semula jadi sebagai panduan seperti air sungai untuk mandi dan membasuh pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara dan kaedah pemilihan tumbuh-tumbuhan yang boleh dimakan selain penggunaan pokok buluh untuk kegunaan masakan. Turut hadir bersama memeriahkan lagi program ini ialah Tuan Haji Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, Ustazah Sharidah bt Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan dan Keurusetiaan dan Ustazah Maizura bt Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah, Unit Saudara Baru. Semoga program ini dapat memberi inspirasi kepada setiap peserta untuk lebih maju,  berkeyakinan dan mampu untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi dalam setiap bidang tugas dan bersedia menempuh kehidupan pekerjaan yang lebih mencabar.

jem2  jem3 
 jem4  jem5
 jem6  jem8


Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

JAWI


Cetak   Emel