05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kelas Peningkatan Kemahiran Rundingcara Keluarga

kelas kemahiran RC 1
 

26 Ogos 2015 / 11 Zulkaedah 1436 (Rabu), Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Kuala Lumpur telah mengadakan Kelas Peningkatan Kemahiran Rundingcara Keluarga bertempat di Dewan Latihan, JAWI. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi ini telah mendapat sambutan yang baik daripada peserta-peserta yang telah dijemput. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada pegawai rundingcara di BPPK, fasilitator Pusat Khidmat Komuniti, Sosial, dan Keluarga (PKKSK) serta pegawai dan kakitangan JAWI.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada kepada kakitangan BPPK tentang ilmu kaunseling dan kaedah mengendalikan sesi rundingcara keluarga. Selain itu, program ini juga dijalankan untuk mempertingkatkan kemahiran rundingcara kepada kakitangan BPPK dan fasilitator PKKSK yang terlibat dalam mengendalikan sesi rundingcara.

Perkongsian ilmu berkaitan kaunseling dan rundingcara ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Norazman bin Amat,Ketua Eksekutif  Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Dalam kelas kemahiran rundingcara ini, Tuan Haji Norazman telah memberi penerangan berkenaan tahap-tahap di dalam proses kaunseling iaitu tahap melayan, meneroka, memahami, mengambil tindakan dan seterusnya menamatkan proses. Kesemua tahap ini memainkan peranan yang penting dalam proses kaunseling.Walaupun terdapat perbezaan antara istilah dan pengendalian sesi  kaunseling dan sesi rundingcara, ilmu yang diberikan dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam menjalankan tugasan sebagai perunding keluarga.

Pihak penganjur berharap agar pelaksanaan program ini memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan akan mendapat sambutan yang menggalakkan pada siri program yang akan datang.

kelas kemahiran RC 2 kelas kemahiran RC 3
 kelas kemahiran RC 4  kelas kemahiran RC 5

Disediakan oleh:

Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel