05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SUDI Bersedia Berdakwah

 

 SUDI ALL MAIN

 

Pada 30 Oktober hingga 1 November 2015, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menganjurkan Program Pengkaderan Sukarelawan Dakwah Isl amiah (SUDI) - JAWI bertempat di Impian Rimba Resort, Jalan Pangsoon, Hulu Langat, Selangor.

Seramai 29 orang peserta telah menyertai program ini. Mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Di kalangan pelajar IPT, OKU (Pendengaran), Jurubahasa, Ibu Tunggal, Penjawat awam, Pekerja Sektor Swasta. Kebanyakkan mereka pernah terlibat dalam program sukarelawan sebelum ini.

Objektif program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada ahli SUDI tentang kepentingan dakwah dan cabarannya di Wilayah Persekutuan khususnya. Program ini juga bertujuan membina citra bersama di kalangan ahli dan memupuk semangat berpasukan. Para peserta dinilai sepanjang program berlangsung. 

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Attarctive Learning & Consultancy yang diketuai oleh Tuan Zuhairi Mohd Nopiah bersama 3 orang fasilitator. Turut membantu adalah urusetia daripada Bahagian Pengurusan Dakwah. Y.Brs Tuan Haji Yaacob Bin Abd Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI turut hadir mengendalikan Slot bersama JAWI bagi berkongsi visi, misi dan harapan JAWI terhadap SUDI.

Antara bentuk pengisian program adalah sesi “Ice-Breaking”, teori berkenaan Law of Universal Attraction (LUA) dan Neuro-Linguistic Programme (NLP), praktikal dakwah di lapangan dan pembentangan kumpulan. Solat jemaah juga diwajibkan pada setiap waktu solat bagi mengeratkan silaturrahum peserta. Setiap peserta juga diberi peluang memberi tazkirah melalui perkongsian tajuk "Saat-saat di mana Allah Sayangkan Kita" setiap kali selepas solat bagi mencungkil kemahiran pengucapan awam.

Majlis secara rasmi ditangguhkan oleh Ustazah Sharidah Bt Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. 3 orang peserta yang amat menginspirasikan juga diberi penghargaan di akhir program. Semoga hasrat JAWI terhadap SUDI dalam melaksanakan aktiviti dakwah yang terancang, berkualiti dan berkesan bagi mewujudkan masyarakat Islam yang seimbang dapat direalisasikan. Para peserta selepas ini akan dipilih dan dilantik secara rasmi bagi membantu JAWI meningkatkan jumlah aktiviti dan menemui sasaran dakwah yang lebih meluas. 

 

 

sud53 tpo sud36
 sud28  sud51
 sud50  sud23
 sud8  praktikal


Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel