05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

7

03 NOVEMBER 2015- Pusat Zon 4 Bahagian Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama SMK Wangsa Maju Seksyen 2 telah mengadakan Program Bimbingan Tambahan Penghayatan Amal Islami (Pengurusan Jenazah) untuk pelajar Tingkatan 3 pada 03 November   2015 bertempat di Dewan Solat Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Kursus ini telah dapat mengumpulkan peserta yang terdiri dari kalangan pelajar Sekolah Menengah. Seramai 150 peserta terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan telah menghadirkan diri dalam kursus ini.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang konsep pengurusan jenazah dalam Islam di samping memberi bimbingan dalam melaksanakan pengurusan jenazah secara praktikal. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Jeffri Bin Bujang. Bagi slot latihan dalam kumpulan (LDK) pula, peserta diagihkan kepada 6 kumpulan dengan dibantu oleh 6 orang fasilitator yang dilantik. Peserta kursus diberi pendedahan awal tentang penggunaan alatan yang lazim digunakan dalam pengurusan jenazah.

Majlis Penutup Perasmian telah disempurnakan oleh Ybhg. Tuan Wan Yusuf Bin W.Ishak  Penyelaras Pusat Zon 4.


a b
d e
f

 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
Pusat Zon 4,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel