05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Coaching Dan Mentoring (KPCM)

 

 

 

 26 - 29 Oktober 2015 (Isnin – khamis) -  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki telah menganjurkan kursus Kepimpinan dan Pengurusan Coaching dan Mentoring (KPCM) siri 2.

Kursus ini adalah siri kedua yang bertempat di Institut Aminuddin Baki Genting Hinghland Pahang Darul Makmur dan melibatkan 38 orang peserta yang terdiri daripada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma DG29 dan DG32) yang melibatkan 38 buah SRA terpilih.

Objektif program ini adalah bagi Meningkatkan penguasaan kemahiran pihak pengurusan menerusi penerapan unsur-unsur kepimpinan strategik melalui pengasuhan bakat oleh pengurusan atasan kepada pegawai di bawahnya serta memperturunkan ilmu, pengalaman, ketrampilan peribadi dan kemahiran pihak pengurusan atasan kepada pegawai-pegawai di bawahnya sebagai usaha untuk menyambung kesinambungan kecemerlangan dalam perkhidmatan melalui perkongsian ilmu, pengetahuan dan pengalaman yang dikongsi bersama oleh coach dan mentor akan dapat membantu coachee dan protege melaksanakan tugasan dengan lebih bijak dan menjimatkan masa dalam meningkatkan prestasi dan produktiviti sesuatu unit dan seterusnya Jabatan.

Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Norlelawati Binti Megat Rasidin Ketua Jabatan Konsultasi Mentoring Dan Coaching yang telah berbesar hati untuk menyampaikan sijil penyertaan dan cenderahati kepada semua peserta dan penceramah sebagai menghargai komitmen serta kesungguhan yang mereka tunjukkan sepanjang kursus ini.

 

Bahagian Pelajaran, JAWI

   
   

Cetak   Emel