05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Adikku Sayang : Sayangi Dirimu 2015 & Kem Pemantapan Sahsiah Murid

AdikkuSyg 01

2 Oktober 2015 (Jumaat) – Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Program Adikku Sayang : Sayangi Dirimu 2015 dan Kem Pemantapan Sahsiah Murid bertempat di Pusat Kokurikulum Wilayah Persekutuan Labuan.

Program tersebut telah disertai oleh 86 orang pelajar sekolah menengah seluruh Labuan. Penceramah bagi program itu ialah Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zamri bin Shapik dari Darul Quran, Kuala Kubu Baru Selangor.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ustaz Sabarudin bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan. Turut hadir dalam program tersebut ialah Ustaz Roslan bin Mohamad Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Labuan.

Antara objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang batasan pergaulan berlandaskan syarak dan memberi gambaran kepada remaja muda ini tentang peranan mereka sebagai ikon terbaik kepada masyarakat. Dalam program itu juga, para peserta didedahkan tentang benteng dalam menghadapi cabaran kehidupan bergelar remaja masa kini.

Kerjasama yang padu di antara urusetia guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah seluruh Labuan dan urusetia dari JAWI Labuan telah banyak membantu dalam melancarkan lagi perjalanan program tersebut. Program berakhir dengan jayanya dan mendapat maklumbalas positif dari semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

AdikkuSyg 02 AdikkuSyg 03
AdikkuSyg 04 AdikkuSyg 05

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel