05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Bina Insan Kakitangan JAWI Siri 1/2015

 
biAll 

 

06 - 08 OKTOBER 2015 | 22 – 24 ZULHIJJAH 1436H ( SELASA, RABU & KHAMIS ) Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan KURSUS BINA INSAN BAGI TAHUN 2015 bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam Selangor.  Kursus ini telah dihadiri oleh 36 orang peserta yang terdiri daripada Kakitangan Kumpulan Sokongan II dan I, JAWI.  Objektif program adalah untuk memberi pengenalan terhadap konsep kelebihan dan kesempurnaan manusia yang dipilih sebagai pentadbir alam; membentuk generasi yang berperibadi unggul serta memiliki keutuhan budaya dan moral yang tinggi; membentuk daya fikir generasi ‘ulul albab’ dan fokus kepada matlamat dan halatuju pembangunan Negara; dan membentuk ummah yang menumpukan pembangunan rohani dan jasmani secara berimbang dan kursus ini melibat tiga (3) hari.

MAJLIS PERASMIAN KURSUS dimulaikan dengan ucapan aluan oleh A.F Ustaz Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI.  Antara intipati ucapan beliau adalah berkaitan menjaga imej JAWI kerana mesyarakat memandang tinggi agensi agama, turut menceritakan tentang kajian rawak 84 peratus responden perlukan program pemantapan rohani; warga JAWI perlu mengambil peluang ,mengutip ilmu sepanjang berkhidmat di JAWI dan keberkatan dalam bekerja kerana terlibat secara langsung dengan berbakti kepada agama

Kursus ini telah berjaya melaksanakan sepuluh (10)  slot aktiviti dan enam (6) slot ceramah.  Antara penceramah yang terlibat adalah Puan Norleen binti Abdul Rashid dari AQ ABS Semenyih Slot 1: Ice Breaking, A.F Ustaz Hassan Fadhli bin Abdul Rahman, Ketua Imam Masjid Bukit AmanSlot 2 dan 3:Kuliyyah Maghrib dan Isya’, A.F Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) – Slot 4: Tazkyyah An-Nafs, A.F Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh dari Bahagian Penguatkuasa, JAWI – Slot 5: Peribadi Unggul, Minda Ulul Albab, A.F Ustaz Mohd  Firdaus bin Rosli, Ketua Imam Masjid Bangsar – Slot 6: Kuliyyah Maghrib, A.F Ustaz Rohaily @ Abd. Rahman bin Abd. Hamid, Ketua Imam Masjid Bangsar – Slot 9: Qiyamullail dan Kuliah Subuh, dan akhir sekali A.F Ustaz Mohd Zambri bin Shafiq dari Darul Al-Quran – Slot 7, 8 dan 10: Mengenal Kelebihan Diri/ Sentuhan Malam / Plan Tindakan.      

Kursus ini mendapat sambutan menggalakkan dari para peserta. Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh para penceramah dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

bi2 bi9
bi11 bi10
 bi6  bi7
Disediakan oleh

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel