05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Peluang Memenangi Hadiah Bagi Pertandingan Sempena Maal Hijrah 1437/2015

 
 12 Oktober 2015 (Isnin) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Tahun 1437/2015 pada 23 Oktober 2015 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.  Ia bertujuan memacu perubahan pemikiran masyarakat ke arah yang lebih cemerlang selaras dengan gerak kerja dan impak peristiwa hijrah pada zaman Rasulullah.

Antara pengisian yang disediakan pada tahun ini ialah beberapa pertandingan terbuka kepada seluruh warga Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut sasaran yang telah ditetapkan bertemakan Perpaduan Nadi Tranformasi Negara. Acara Pertandingan tersebut ialah

1- Wefie – terbuka kepada umum

2- Melukis Poster

3- Mural Kanvas

Pertandingan wefie :

Tarikh penyertaan bermula pada 12 Oktober 2015 sehingga 30 Oktober 2015 melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Pertandingan Melukis Poster :

Tarikh permohonan untuk menyertai pertandingan bermula pada 12 Oktober 2015 sehingga 30 Oktober 2015. Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penyertaan terhad kepada 25 peserta sahaja.

Pertandingan Mural Kanvas:

Tarikh permohonan untuk menyertai pertandingan bermula pada 12 Oktober 2015 sehingga 30 Oktober 2015. Penyertaan hanya terbuka kepada pelajar Universiti Awam dan Kolej Swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Penyertaan terhad kepada 15 kumpulan sahaja.

JAWI menjemput semua warga Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya agar mengambil bahagian dalam pertandingan yang disediakan. Setiap peserta yang memenangi pertandingan tersebut akan menerima wang tunai, plak serta sijil penyertaan. Sebarang maklumat boleh melayari laman web www.jawi.gov.my. dan facebook:Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Info dari Jawatankuasa Pertandingan

 
 Pertandinganmuralposterfinal

Cetak   Emel