05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus PdP Berkesan Guru-Guru SIRAJ

 
30 September - 1 Oktober 2015 (Rabu & Khamis) –Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus PdP Berkesan Guru-guru Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) bertempat di Bilik Seminar Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur. Seramai 30 orang guru serta pegawai dan penolong pegawai Bahagian Pelajaran JAWI telah menghadiri kursus ini.

Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan penyediaan ringkasan mengajar berdasarkan standard kurikulum. Selain itu, objektif kursus ini adalah bagi memperkasakan kemahiran penyampaian mata pelajaran KSSR melalui kaedah pengajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan.

Bengkel ini telah dijalankan selama dua (2) hari yang melibatkan enam slot. Hari pertama kursus dimulai dengan slot Pengenalan Asas Konsep Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah disampaikan oleh Ustazah Upiq Asmar Bt. Zainal Abidin, Jurulatih Utama Kebangsaan Pendidikan Islam KSSR. Manakala, slot kedua iaitu slot Mata Pelajaran Bahasa Malaysia KSSR disampaikan oleh Hj. Ahmad Sobri Bin Hj. Ibrahim, Jurulatih Utama Bahasa Malaysia KSSR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta slot Mata Pelajaran Bahasa Inggeris KSSR yang disampaikan oleh En. Muhammad Nishan Bin Baharum, Penyelia Bahasa Inggeris Rendah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Slot ketiga iaitu slot Mata Pelajaran Matematik KSSR telah disampaikan oleh Tn. Hj. Hazman Bin Hashim, Penolong Pengarah Kanan Matematik, JPWPKL.

Hari kedua kursus dimulai dengan slot Mata Pelajaran Pendidikan Islam KSSR disampaikan oleh Ustazah Upiq Asmar Bt. Zainal Abidin. Seterusnya slot kedua iaitu slot Mata Pelajaran Pendidkan Jasmani dan Kesihatan telah disampaikan oleh Pn. Faridahtul Akmar Bt. Ismail, Jurulatih Utama Pendidkan Jasmani dan Kesihatan KSSR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Slot ketiga kursus adalah slot Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan amali pengajaran mikro mata pelajaran KSSR.

Kursus ini diakhiri dengan majlis penutup yang telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Azizah Bt. Che Hassan, Ketua Penolong Kanan Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bahagian Pelajaran, JAWI

 
   
   

Cetak   Emel