05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR BIMBINGAN TAMBAHAN TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN BAGI KECERMELANGAN PELAJAR PT3 DAN SPM 2015

  

9 OKTOBER 2015 , Pusat Zon 4 Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Zon R1 Wangsa Maju, Kuala Lumpur Dan juga PIBG SMK Zon R1 Wangsa Maju telah mengadakan Seminar Bimbingan Tambahan Teknik Menjawab Peperiksaan Bagi Kecemerlangan Pelajar PT3 dan SPM 2015 pada 9 Oktober 2015 bertempat di Dewan Solat Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Seminar ini telah dapat mengumpulkan peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah yang bakal menduduki Peperiksaan PT3 dan SPM dan juga ibubapa pelajar untuk sama-sama mendengar seminar yang dianjurkan. Penceramah yang terkenal telah memberikan semangat motivasi kepada pelajar yang telah dijemput oleh pihak Zon 4 iaitu Ustaz Idzhar Bin Jumali. Pelajar dan juga ibubapa seramai 500 orang telah memenuhkan dewan masjid.

 Seminar  ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar teknik menjawab pepepriksaan dan juga pagi persediaan pelajar dari segi emosi, psikologi, perasaan, mental dan fizikal semasa menghadapi peperiksaan. Harapan pihak penganjur supaya pelajar akan mendekatkan diri kepada institusi masjid supaya menjadikan masjid sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Diharap seminar ini akan dimanfaatkan oleh pelajar untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat.

 Majlis Penutup Perasmian telah disempurnakan oleh Ybh Tuan Hj Yaakob Bin  , Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

   

   

Cetak   Emel