05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan Laporan Berkualiti Dan Speed Reading

29-30 September 2015 (Selasa-Rabu) - Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Penulisan Laporan Berkualiti dan Speed Reading yang telah diadakan di Makmal Komputer Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada setiap bahagian operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menghadiri bengkel ini.

Hari pertama bengkel diisi dengan pengisian berkenaan Penyediaan Laporan Berkualiti yang dikendalikan oleh Y.Bhg. Puan Rozitta binti Sulaiman daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Manakala hari kedua bengkel pula diisi dengan slot Kaedah Pembacaan Cepat dan Berkesan (Speed Reading) yang dikendalikan oleh Y.Bhg. Dr. Azhar bin Md. Sabil daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menerusi penganjuran bengkel ini, diharapkan agar para peserta bengkel akan mendapat kefahaman dan kemahiran tentang penulisan laporan yang berkualiti serta menguasai kemahiran membaca yang tinggi selain dapat menguasai pembacaan dengan pantas dan dapat memahami keseluruhan buku dengan cepat dan tepat.

speed reading 1 good speed reading 2 speed reading 3
 speed reading 4  speed reading 5  speed reading 6

Cetak   Emel