05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Diskusi Syariah 2015 Siri 4&5

6 Oktober 2015 (Selasa) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Diskusi Syariah 2015 bagi Siri 4&5 yang diadakan di Bilik Latihan (Jejantas) JAWI bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Gabungan siri diskusi ini adalah berkaitan dengan isu semasa syariah masa kini iaitu "Isu Perubatan : Menurut Perspektif Islam" dan "Produk Makanan Sunnah vs Pemakanan Sunnah" yang telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama & Syariah, Puncak Niaga Holding Berhad.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan di JAWI dan agensi yang berdekatan seperti Perpustakaan Islam JAKIM, BAKA Cawangan PDRM Bukit Aman dan JKR Wilayah Persekutuan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai isu-isu semasa berkaitan prinsip-prinsip perubatan yang terkandung di dalam Al-Quran, Hadis dan Ijtihad supaya tidak bercanggah dengan syariat serta menjelaskan mengenai produk makanan sunnah masa kini menepati pemakanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Konsep diskusi digunakan sebagai memberi peluang kepada peserta menyoal dan mengetengahkan idea seterusnya berinteraksi secara langsung dengan penceramah jemputan.  

 
 diksusi 1 diskusi 2   diskusi 3 diskusi 4 

Cetak   Emel