05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan Modul Program Pencarian Bilal

 

MPB1

 

2 hingga 4 Okt 2015 (Jumaat hingga Ahad) – Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Modul Program Pencarian Bilal Wilayah Persekutuan. Bengkel selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan Primaland Resort & Convention Centre, Port Dickson. Seramai 20 orang peserta terdiri dari pegawai Bahagian Pengurusan Kariah telah hadir bengkel tersebut.

 

Objektif bengkel ini ialah untuk menyediakan modul yang lengkap bagi kegunaan penceramah dan fasilitator program pencarian bilal di samping mengenalpasti kaedah-kaedah pembelajaran dan latihan yang bersesuaian bagi melahirkan bilal yang berkualiti.

Beberapa orang penceramah yang mahir dan berpengalaman dalam bidang masing-masing telah dijemput bagi membentangkan beberapa modul yang terdiri dari Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Zainuddin Bin  Ab Rahman dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) JAKIM, Ustaz Osman Bin Abu Bakar, Penolong Pengarah Kanan Pejabat Pentadbiran Zon 1 dan Ustaz Khalid Bin Isa, Ketua Imam Masjid Al-Khasyiin, Taman Desa Petaling Kuala Lumpur.

 

Sesi penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. 

 

MPB2 MPB3
MPB4 MPB5
   

Disediakan Oleh:                                                                                                                             
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel