05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus ‘Dai’e Millenia Gaya Body Language NLP’

 

bl1 

 

Pada 18 sehingga 20 September 2015, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dengan kerjasama Shahrom Hassan Training Consultant (SHTC) telah menganjurkan kursus ‘Dai’e Millenia Gaya Body Language NLP’ bertempat di Klebang Beach Resort, Melaka.

Kursus ini dihadiri oleh 56 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan bahagian-bahagian di JAWI iaitu Bahagian Pengurusan Dakwah, Penguatkuasaan, Pelajaran Penyelidikan, Perkahwinan dan Unit Perhubungan Awam. Program ini menggunakan gabungan Bahasa Badan Baru dan Neuro-Linguistic Programming (NLP) bagi memperkasa pendekatan dakwah yang efisyen selain mengasah ilmu baharu kepada warga JAWI dalam menjalani tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih optimum. 

Antara objektif program adalah membolehkan kakitangan menguasai kemahiran Bahasa Badan agar mewujudkan kakitangan yang sedia bekerja berdasarkan matlamat organisasi. Peserta didedahkan dengan NLP dalam Islam, Kesilapan-kesilapan Dalam Mendefinisi Bahasa Badan, Micro-Facial Expressions, Kenali Karakter Melalui Bahasa Badan, Matching & Mirroring, Terapi NLP, Bahasa Badan Berpengaruh, BS Barometer dan Sesi Audit & Praktikal.

Program diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Y.Brs Tuan Yaacob b Ab Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Maklumbalas yang positif diterima dari para peserta program ini di mana Body Language NLP adalah satu ilmu dan kemahiran yang baru dan amat bermanfaat dalam kehidupan dan tugasan harian. 

 

bl8   bl5
 bl7  bl6
 bl2  bl3
   

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

 


Cetak   Emel