05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Siri 5/2015

18 SEPTEMBER 2015 | 04 ZULHIJJAH 1436H ( JUMAAT ) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan CERAMAH PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM SIRI 5/2015 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  Program ini dihadiri 100 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Luthfee bin Alias,  daripada Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI  dan diteruskan dengan penyampaian ceramah yang bertajuk “Kaunseling Keluarga” oleh Al-Fadhil Ustaz Shahidin bin Tinik, Mantan Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara  intipati ceramah adalah  membincangkan tentang peranan suami isteri, peranan ibubapa dan keluarga, punca berlaku krisi dan cara-cara mengatasinya.

Semoga ilmu yang telah dicurahkan dapat memberi kefahaman mengenai islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

sl1   sl2
 sl3 sl4 
   

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel