05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Kefahaman Islam Siri 5/2015

 

30 SEPTEMBER DAN 01 OKTOBER 2015 | 16 ZULHIJJAH 1436H ( RABU & KHAMIS ) Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SIRI 5/2015 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  Program ini dihadiri 670 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan, swasta dan Badan Bukan Kerajaan di sekitar Wilayah Persekutuan.

Kursus ini melibat dua (2) hari yang melibat sebanyak 6 pembentangan kertas kerja. HARI PERTAMA Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Eshwal bin Salman,  daripada Bahagian Pengurusan Dakwah dan diteruskan dengan Ceramah Slot Pertama membincangkan tajuk “Tazkiyyah An-Nafs” yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, manakala Slot Kedua membincangkan tentang “Aqidah Muslimin” telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Mustakim bin Mahamood @ Fauzi, Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah, Slot Ketiga membincangkan tajuk “Fiqh Wanita” yang telah disampaikan oleh Al-Fadhilah Ustazah Maznah binti Daud, Mantan Pensyarah UiTM.

Manakala HARI KEDUA dimulai dengan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah JAWI.  Dan disambung dengan perbentangan Slot Keempat yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Mohd Zohdi bin Mohd Amin, Pensyarah USIM, beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Apa itu Hadith”,  Slot Kelima disampaikan oleh Al-Fadhil Us. Wan Mohd Ainuddin Hilmi bin Abdullah, Juara Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang telah membentangkan kertas bertajuk “Kepentingan Membaca Al-Quran Secara Bertajwid” dan Slot Terakhir disampaikan oleh  Al-Fadhil Ustaz Tuan Syed Abdullah bin Syed Nordin, Timbalan Pengarah, Jabatan Integriti, DBKL dengan membentangkan kertas kerja bertajuk “Tanggungjawab Kita Terhadap Pusaka, Hibah dan Farid”.

Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh para penceramah dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

 

ski8   ski4
 ski1  ski10
 ski7  ski2

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel