05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Diskusi 6


30 September 2015 (Rabu) Unit Penyelidikan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya (JAWI) berkolaborasi dengan JAIS menganjurkan Diskusi Penyelidikan; Ajaran Sesat Millah Abraham Proses Penelitian dan Penguatkuasaannya.

Diskusi ini adalah cetusan idea Ustazah Salwana binti Ahmad Dahlan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS setelah ajaran Millah Abraham mula merebak dari Selangor ke Putrajaya yang menuntut kerjasama erat dari agensi dan pihak berwajib bagi menyekat penyelewengan ajaran terebut.

Program ini dirancang bertujuan memberi kefahaman dan memperkasakan peranan penyelidikan, siasatan, risikan juga penguatkuasaan terhadap ajaran yang memesongkan akidah umat islam.

Seramai 55 peserta telah mengikuti bengkel ini dengan jayanya. Menyasarkan seluruh warga JAWI cawangan Putrajaya, program ini turut melibatkan penyertaan dari JAIS sebagai panel dan dua orang pegawai hadir sebagai audien.

Para peserta berpeluang berkongsi secara langsung bersama panel jemputan yang berpengalaman dan berwibawa, Ustaz Nor Faisal bin Mohd Leman, mantan Penolong Pengarah Seksyen Advokasi Akidah dan Perundangan Islam di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS yang terlibat secara langsung menukangi kertas kerja yang diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor untuk diwartakan, dan Ustaz Shahrom bin Maarof, Penolong Pengarah daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIS yang banyak terlibat dengan operasi dan tangkapan sehingga berjaya mendakwa beberapa orang penyampai dan pengikut ajaran ini.

Diskusi 2 Diskusi 1
Diskusi 7 Diskusi 5
 Diskusi 3  Diskusi 4

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.


Cetak   Emel